Posts

Showing posts from July, 2023

Twitter hadkan mesej boleh dibaca pemilik akaun dalam sehari

Image
MEDIA SOSIAL | NEW YORK: Pengguna Twitter, buat sementara waktu, hanya diberi akses terhad untuk membaca kandungan akaun media sosial itu dalam sehari, dalam usaha mengekang syarikat memiliki kecerdasan buatan (AI) menggunakan data media sosial itu. Pemiliknya, Elon Musk, menjelaskan batasan sementara terhadap jumlah ciapan yang pengguna dapat baca dalam sehari terhad pada 600 kandungan bagi pemilik akaun yang belum memperoleh pengesahan status atau verified account (VA), lapor AFP pada 2 Julai 2023. Manakala bagi pemilik akaun baharu dan belum menerima VA pula, terikat pada 300 kandungan saja. Menurut Musk, pengenalan batasan sementara itu dibuat bagi mengatasi isu 'peningkatan ketara pemindahan data dan manipulasi sistem'. Beliau bagaimanapun tidak pula menjelaskan maksud di sebalik manipulasi sistem dalam konteks itu dan pemindahan data pula pada dasarnya merujuk kepada proses maklumat yang diambil dari sesebuah laman sesawang serta dipindahkan ke program lain. "Data ka...