Posts

Twitter hadkan mesej boleh dibaca pemilik akaun dalam sehari

Image
MEDIA SOSIAL | NEW YORK: Pengguna Twitter, buat sementara waktu, hanya diberi akses terhad untuk membaca kandungan akaun media sosial itu dalam sehari, dalam usaha mengekang syarikat memiliki kecerdasan buatan (AI) menggunakan data media sosial itu. Pemiliknya, Elon Musk, menjelaskan batasan sementara terhadap jumlah ciapan yang pengguna dapat baca dalam sehari terhad pada 600 kandungan bagi pemilik akaun yang belum memperoleh pengesahan status atau verified account (VA), lapor AFP pada 2 Julai 2023. Manakala bagi pemilik akaun baharu dan belum menerima VA pula, terikat pada 300 kandungan saja. Menurut Musk, pengenalan batasan sementara itu dibuat bagi mengatasi isu 'peningkatan ketara pemindahan data dan manipulasi sistem'. Beliau bagaimanapun tidak pula menjelaskan maksud di sebalik manipulasi sistem dalam konteks itu dan pemindahan data pula pada dasarnya merujuk kepada proses maklumat yang diambil dari sesebuah laman sesawang serta dipindahkan ke program lain. "Data ka

Pengguna 5G dijangka cecah lima bilion pada 2030, sumbang KDNK AS$6 trilion

Image
DIGITAL | KOMUNIKASI | SHANGHAI: Pengguna 5G global dijangka mencecah lima bilion pada 2030 berbanding dengan 1.5 bilion yang dijangkakan pada 2023, menurut Huawei Technologies Co Ltd. Ketua Pegawai Kewangan dan Pengerusi Bergilir Huawei berkata 5G digunakan secara komersial di seluruh dunia selama empat tahun dan ia memacu penciptaan nilai baharu merentas semua industri dan banyak isi rumah di seluruh dunia. "Sumbangan industri mudah alih kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global diunjurkan mencecah AS$6 trilion pada 2030. "Oleh yang demikian, ia (5G) sedang mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidipan, mewujudkan nilai ekonomi, perindustrian dan sosial yang amat besar," kata Sabrina Meng Wanzhou dengan menambah 5.5G pula adalah langkah ke hadapan seterusnya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama bertajuk 'Embracing 5G Transformation' pada pembukaan Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2023 pada 26 Jun 2023. Mengulas mengenai 5.5G