Posts

Showing posts from June, 2023

Pengguna 5G dijangka cecah lima bilion pada 2030, sumbang KDNK AS$6 trilion

Image
DIGITAL | KOMUNIKASI | SHANGHAI: Pengguna 5G global dijangka mencecah lima bilion pada 2030 berbanding dengan 1.5 bilion yang dijangkakan pada 2023, menurut Huawei Technologies Co Ltd. Ketua Pegawai Kewangan dan Pengerusi Bergilir Huawei berkata 5G digunakan secara komersial di seluruh dunia selama empat tahun dan ia memacu penciptaan nilai baharu merentas semua industri dan banyak isi rumah di seluruh dunia. "Sumbangan industri mudah alih kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global diunjurkan mencecah AS$6 trilion pada 2030. "Oleh yang demikian, ia (5G) sedang mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidipan, mewujudkan nilai ekonomi, perindustrian dan sosial yang amat besar," kata Sabrina Meng Wanzhou dengan menambah 5.5G pula adalah langkah ke hadapan seterusnya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama bertajuk 'Embracing 5G Transformation' pada pembukaan Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2023 pada 26 Jun 2023. Mengulas mengenai 5.5G